Yayasan Tahfiz An Nissa sedang melancarkan Program Kebajikan kepada Ibu Tunggal, Asnaf dan Pusat-pusat Tahfiz yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh COVID-19.
Melalui Program Bakul Makanan yang diumumkan oleh PM, YTAN telah membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
Sasaran YTAN menyediakan 20,000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada penerima yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.