Seminar Hala Tuju Institusi Tahfiz Pulau Pinang 2021 atau HATTA P.Pinang 2021 ini dihasratkan untuk menjadi salah satu program di bawah kluster Pengurusan Institusi Pembangunan Islam, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. Seminar ini diharapkan dapat mengumpulkan ahli akademik, pihak pentadbir dan pelaksana Institusi Tahfiz serta pertubuhan NGO yang mempunyai hasrat untuk memastikan kecemerlangan institusi tahfiz khususnya di Pulau Pinang melalui pengoptimuman manfaat dan peluang yang ada. HATTA P. Pinang 2021 ini juga direncanakan dapat mengumpulkan wakil daripada lebih 95 buah institusi tahfiz di seluruh negeri Pulau Pinang untuk sama-sama membina garis panduan bagi pengurusan institusi tahfiz.
Yayasan Tahfiz An Nisaa adalah sebahagian dari Rakan Strategi yang turut terlibat bagi mendapatkan sumbang dan tajaan dari pelbagai penyumbang. Ia diwakili oleh Lt Kol Tamsir (B) yang bergerak aktif dalam badan NGO ini.